Mymode Prepaid - Duit Poket Tambahan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Monday, January 28, 2008

Fences

The husband leans over and asks his wife, 'Do you remember the first time we had sex together over - fifty years ago?'

'We went behind this very tavern where you leaned against the back fence and I made love to you.'

'Yes,' she says, 'I remember it well.'

'OK,' he says, 'How about taking a stroll around there again and we can do it for old time's sake?'

'Oh Jim, you old devil, that sounds like a crazy but good idea!'

A police officer sitting in the next booth heard their conversation and, having a chuckle to himself, he thinks to himself,
'I've got to see these two old-timers having sex against a fence.'

I'll just keep an eye on them so there's no trouble. So he follows them.

The elderly couple walks haltingly along, leaning on each other for support aided by walking sticks.

Finally, they get to the back of the tavern and make their way to the fence.

The old lady lifts her skirt and the old man drops his trousers.

As she leans against the fence, the old man moves in.

Then suddenly they erupt into the most furious sex that the policeman has ever seen.

This goes on for about ten minutes while both are making loud noises and moaning and screaming. Finally, they both collapse, panting, on the ground.

The policeman is amazed. He thinks he has learned something about life and old age that he didn't know.

After about half an hour of lying on the ground recovering, the old couple struggle to their feet and put their clothes back on.

The Policeman, is still watching and thinks to himself, this is truly amazing, I've got to ask them what their secret is.

So, as the couple passes, he says to them, 'Excuse me, but that was something else. You must've had a fantastic sex life together. Is there some sort of secret to this?

Shaking, the old man is barely able to reply. 'Fifty years ago that wasn't an electric fence...

Doa-Doa Yang Menarik









Sunday, January 27, 2008

True descriptions of zodiac signs

VIRGO - The Perfectionist
Dominant in relationships.
Conservative.
Always wants the last word.
Argumentative.
Worries.
Very smart.
Dislikes noise and chaos.
Eager.
Hardworking.
Loyal.
Beautiful.
Easy to talk to.
Hard to please.
Harsh.
Practical and very fussy.
Often shy.
Pessimistic.

SCORPIO - The Intense One
Very energetic.
Intelligent.
Can be jealous and/or possessive.
Hardworking.
Great kisser.
Can become obsessive or secretive.
Holds grudges.
Attractive.
Determined.
Loves being in long relationships.
Talkative.
Romantic .
Can be self-centered at times.
Passionate and Emotional.

LIBRA - The Harmonizer
Nice to everyone they meet.
Can ' t make up their mind.
Have own unique appeal.
Creative, energetic, and very social.
Hates to be alone.
Peaceful, generous.
Very loving and beautiful.
Flirtatious.
Give in too easily.
Procrastinators.
Very gullible.

ARIES - TheDaredevil
Energetic.
Adventurous and spontaneous.
Confident and enthusiastic.
Fun.
Loves a challenge.
EXTREMELY impatient.
Sometimes selfish.
Short fuse. (easily angered.)
Lively, passionate, and sharp wit.
Outgoing.
Lose interest quickly - easily bored.
Egotistical.
Courageous and assertive.
Tends to be physical and athletic.

AQUARIUS - The Sweetheart
Optimistic and honest.
Sweet personality.
Very independent.
Inventive and intelligent.
Friendly and loyal.
Can seem unemotional.
Can be a bit rebellious.
Very stubborn, but original and unique.
Attractive on the inside and out.
Eccentric personality.

GEMINI - The Chatterbox
Smart and witty.
Outgoing, very chatty.
Lively, energetic.
Adaptable but needs to express themselves.
Argumentative and outspoken. Likes change.
Versatile.
Busy, sometimes nervous and tense.
Gossips.
May seem superficial or inconsistent,
But is only changeable.
Beautiful physically and mentally.

LEO - The Boss
Very organized.
Need order in their lives - like being
in control.
Like boundaries.
Tend to take over everything.
Bossy.
Like to help others.
Social and outgoing.
Extroverted.
Generous, warm-hearted.
Sensitive.
Creative energy.
Full of themselves.
Loving.
Doing the right thing is important to Leos.
Attractive...

CANCER - The Protector
Moody, emotional.
May be shy.
Very loving and caring.
Pretty/handsome.
Excellent partners for life.
Protective.
Inventive and imaginative.
Cautious.. Touchy-feely kind of person...
Needs love from others.
Easily hurt, but sympathetic.

PISCES - The Dreamer
Generous, kind, and thoughtful.
Very creative and imaginative.
May become secretive and vague.
Sensitive.
Don ' t like details.
Dreamy and unrealistic.
Sympathetic and loving.
Kind.
Unselfish.
Good kisser.
Beautiful.

CAPRICORN - The Go-Getter
Patient and wise.
Practical and rigid.
Ambitious.
Tends to be good-looking.
Humorous and funny.
Can be a bit shy and reserved.
Often pessimists.
Capricorns tend to act before they think
and can be unfriendl y at times.
Hold grudges.
Like competition.
Get what they want.

TAURUS - The Enduring One
Charming but aggressive.
Can come off as boring, but they are not.
Hard workers.
Warm-hearted.
Strong, has endurance.
Solid beings who are stable and secure
in their ways.
Not looking for shortcuts.
Take pride in their beauty.
Patient and reliable.
Make great friends and give good advice.
Loving and kind.
Loves hard - passionate.
Express themselves emotionally.
Prone to ferocious temper-tantrums.
Determined.
Indulge themselves often.
Very generous.

SAGITTARIUS - The Happy-Go-Lucky One
Good-natured optimist.
Doesn ' t want to grow up (Peter Pan Syndrome).
Indulges self.
Boastful.
Likes luxuries and gambling.
Social and outgoing.
Doesn ' t like responsibilities.
Often fantasizes.
Impatient.
Fun to be around.
Having lots of friends.
Flirtatious.
Doesn ' t like rules.
Sometimes hypocritical.
Dislikes being confined - tight spaces or even
tight clothes.
Doesn ' t like being doubted.
Beautiful inside and out.

Happy Birthday Friend


Hari ini birthday Mr Toh Chee Leong kawan saya
Happy Birthday Friend

Saturday, January 26, 2008

RH Hotel Sibu

Pandangan dari atas bilik Hotel

Pandangan yang menarik ke arah Sungai Rajang

Seterika dan ruang penyimpanan barangan berharga juga disediakan

Pemandangan keseluruhan bilik Hotel yang selesa

Pemandangan dari tingkat ke luar bilik

Pemandangan luar bilik dari atas

Satu lagi sudut pandangan Dataran Sibu dari Hotel

Mangkuk tandas yang bersih dan ruang yang besar dan selesa

Tempat mencuci muka yang luas dengan cermin dan peralatan yang mencukupi

Cerek, gelas dan cawan serta minuman yang disediakan secara percuma

Lokasi bilik yang diletakkan di bahagian pintu

Tempat mengantung pakaian

Pemandangan dalam bilik Hotel dari bahagian dalam ke arah pintu masuk

Katil yang luas dan selesa dengan lampu meja

Tempat rehat tambahan yang agak selesa untuk bersantai tengok TV

Tempat letak barang

TV yang boleh tahan besar, cermin solek dan meja untuk menulis dan membuat kerja

Gambar persiapan Tilawah Di Mukah

Pentas tilawah yang sudah sedia untuk digunakan

Pemasangan lampu untuk pentas tilawah

Persiapan di dalam Dewan Suarah Mukah

Pentas yang telah siap dipasang dalam Dewan Suarah Mukah

Hiasan pentas tilawah sedang dipasang di JKR Depo

Hiasan pentas tilawah sedang dipasang di JKR Depo

Terendak besar sedang dicat di JKR Depo Mukah

Friday, January 25, 2008

KEDUNIAAN YANG MERUGIKAN AKHIRAT

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana melahirkan kita ke alam dunia yang fana ini. Kita dihidupkan dan insyallah akan dimatikan dengan izinNya. Kita dipinjamkan jasad dan nyawa untuk beberapa ketika yang diizinkan yang kita sendiri tidak mengetahui kecuali diriNya. Hidup
kita mengikut apa yang disabdakan oleh Baginda Rasul sebagai seorang pengembara yang sedang dalam perjalanan ke suatu destinasi yang jauh dan memerlukan banyak bekalan. Tentunya dalam perjalanan itu banyak halangan dan gangguan yang boleh menjejaskan matlamat untuk ke destinasi. Pengembara yang bijak tidak akan terpengaruh dengan keseronokan dan kebahagiaan sementara yang ditempuh dalam perjalanan kerana dia tahu bahawa dia sebenarnya adalah warga satu alam lagi. Manakala pengembara yang lupa daratan akan menikmati sepuas-puasnya apa sahaja yang ditempuh; seolah-olah iniah dunianya sehingga
terlupa matlamat asal untuk menuju ke dunianya yang sebenar. Mereka terpedaya dengan kemanisan dunia dan menyangkakan apa yang dipungut itulah BEKALAN.

Sebagai seorang pengembara, kita seharusnya bijak melayarkan bahtera ke arah yang betul mengikut kompas yang dipiawaikan oleh Rasul. Untuk sampai ke destinasi AKHIRAT, pungutlah bekalan sebanyak mungkin. Anggaplah segala keseronokan duniawi sebagai BEBAN yang boleh menjejaskan perjalanan ke sana. Ingatlah pesanan orang tua : Kita sebenarnya adalah WARGA AKHIRAT - tempat yang kekal abadi; sementara dunia ini ialah rumah tumpangan sementara yang penuh kepalsuan dan tipu-daya. Oleh itu kita mestilah bijak memilih mana satu BEKALAN dan mana satu BEBAN. Barangan yang dikategori sebagai BEBAN akan menyusahkan perjalanan ke akhirat manakala barangan BEKALAN akan berfaedah untuk kehidupan di sana. Kutiplah bekalan sebanyak mungkin dan hindarkan memikul beban yang menyulitkan perjalanan.

Ingatlah: "Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam. Hasilnya kita akan kecapi di Akhirat nanti."

"Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati keesokannya. " - Hadith


Ramai mentafsirkan Hadith ini dari segi keduniaan iaitu kerja bersungguh-sungguh kerana kita akan hidup lama di dunia. Tetapi makna yang tersirat ialah kita hidup lama lagi di dunia jadi kenapa nak bekerja beria-ia mencari pendapatan lebih sedangkan masa banyak lagi. Tetapi dalam hal akhirat, kita akan mati esok - jadi terpaksalah buat persiapan dengan lengkap dan berhati-hati kerana kita akan mati esok. Tafsiran begini jarang diterangkan oleh umum terutama pemburu harta di dunia.

Islam tidak menghalang umatnya mencari harta-benda dan kekayaan; asalkan ia tidak menghalang dari melakukan pengabdian kepada Allah. Malahan orang Islam yang kaya adalah amat diperlukan kerana ia adalah sumber ekonomi negara dan sebagai juruwang bagi saudaranya yang miskin dan memerlukan bantuan. Orang kaya adalah pembantu orang msikin, orang kuat adalah pelindung golongan yang lemah, orang alim sebagai sumber cahaya dan ilmu kepada orang jahil. Begitulah golongan ini saling bantu-membantu antara satu dengan lain. Apa
yang Islam larang ialah meletakkan keduniaan sebagai sasaran utama dalam hidup melebihi hal-hal keakhiratan dan pengabdian kepada Allah. Sekiranya keduniaan diberikan keutamaan dalam hidup bererti konsep syahadahnya terjejas. Intipati syahadah ialah mengaku dengan
sebenar-benar pengakuan bahawa Tiada lain yang lebih besar selain Allah dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Ini bererti tumpuan pengabdian hakiki ialah Allah dan BUKANNYA harta- benda dunia. Jika kekayaan dunia dijadikan asas hidup berertilah
kita telah membesarkan dunia daripada Allah sendiri; atau dalam kata-kata lain kita bertuhankan harta bukannya Allah. Di sinilah terpesongnya aqidah orang-orang kebendaan.

Sangat beruntunglah mereka yang mempunyai harta kekayaan yang menjadikannya sebagai modal untuk akhirat. Wang ringgit dipertaruhkan sebagai saham akhirat dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu fakir miskin dan anak yatim, menyelesaikan masalah dan keperluan jiran dan masyarakat sekeliling. Mereka inilah yang berjaya menukar harta menjadikan sebagai pahala atau membeli akhirat dengan dunia. Sebaliknya amat rugi mereka yang mempunyai wang ringgit dan harta kekayaan tetapi membelanjakan untuk perkara-
perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah untuk akhiratnya; atau lebih dahsyat jika digunakan untuk kerja-kerja maksiat dan hiburan semata. Di akhirat akan ditanya Allah ke mana wang ringgit kita dibelanjakan dengan begitu halus dan tereperinci.

Dalam Al-Quran banyak sekali ayat yang menjelaskan bahawa kehidupan akhirat adalah lebih penting dan lebih kekal. Oleh itu sayugia bagi kita melebihkan kehidupan akhirat daripada dunia. Kehidupan di dunia hanya dalam tempoh terhad; jarang-jarang melebihi 90 tahun; tetapi
akhirat tiada batasan waktu. Sudahlah begitu diriwayatkan satu hari di akhirat menyamai 1000 tahun di dunia. Jadi berapalah nilai umur dunia dibandingkah akhirat? Orang yang bijak tentunya berpandangan jauh iaitu untuk kehidupan akhirat. Ada di antara orang-orang alim dan para wali sangat mengambil berat tentang pengisian waktu dengan ibadat. Mereka tidak rela membuang masa begitu sahaja. Setiap saat bagi mereka adalah berharga dan mesti diisi dengan sesuatu ibadat supaya tidak terbuang begitu saja. Bagi mereka, setiap nafas yang turun naik akan dipersoalkan. Pada sebelah malam, mereka menggunakan masa untuk beribadat. Masa tidur mereka amat sedikit.

Sebaliknya mereka yang asyik mengumpul harta dunia untuk dunia adalah berfikiran sempit kerana tidak menjangkau alam abadi di akhirat. Ahli dunia saban masa memikirkan bagaimana nak mengumpul harta benda hingga menjadi kaya. Walaupun sudah kaya, mereka masih berusaha lagi supaya menjadi bertambah kaya; tanpa sedikit pun memikirkan bagaimana harta yang ada pada mereka hendak diinfaqkan di jalan Allah supaya hasilnya dapat dituai di akhirat kelak. Orang kaya begini pada hakikatnya adalah miskin kerana masih banyak memerlukan sesuatu.

Semasa perjalanan Israk Mikraj, Allah menunjukkan satu golongan yang menanam gandum dan kemudian menuainya. Baru lepas ditanam, terus berbuah dan dituai; begitulah seterusnya. Inilah ibarat orang yang membuat kebajikan sentiasa tak putus-putus menerima ganjaran pahala yang banyak di sisi Allah. Balasan pahala ini akan dinikmati kebahagiaannya di akhirat kelak.

Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanya
kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau ia dicuri orang, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti fakir. Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

Sebagai kesimpulannya, kita hendaklah mempunyai pendirian berkaitan dengan penumpukan harta kekayaan. Yang lebih penting bagi kita ialah adakah kita akan diterima oleh Allah di akhirat kelak sebagai hambaNya yang soleh. Begitu juga adakah Nabi Muhammad saw akan
mengaku atau mengiktiraf kita sebagai umatnya. Jika Allah tak mengaku hambaNya dan Nabi Muhammad saw tak mengaku kita sebagai umatnya, ke mana lagi kita nak pergi ketika itu? Ke mana tempat kita nak mengadu nasib? Di dunia bolehlah meminta bantuan dari kaum kerabat dan sebagainya tetapi di akhirat siapa lagi selain Allah dan rasulnya.. Akhirnya sama-sama kita meminta taufiq dan hidayat semoga kita berada di landasan sebenar sebelum kita dipanggil oleh Allah. Kita pohonkan keselamatan dan taubat di atas dosa-dosa kita dan mudahan kita kembali menemuiNya dalam keadaan Allah meredhai kita, insyaallah..

Tuesday, January 08, 2008

Zodiak Cina

MONYET
Tahun : 1944,1956,1968,1980,1992,2004,2016
Perwatakan : Anda bijak dan berdaya penarik. Kelebihan semulajadi ini memberi peluang kepada anda menguasai orang dan keadaan sekeliling. Bagi teman yang bermasalah, anda diibaratkan pendengar setia. Sungguhpun ada masanya anda berpura² dan tidak memberi sebarang bantuan, namun keceriaan anda mampu meredakan tekanan insan lain.
Percintaan : Awas, jangan terlalu bijak bermain kata², menabur janji manis sehingga kekasih pergi. Anda juga jangan rambang mata sehingga kasih dan cinta mudah diberi kepada semua yang berkenan dihati.
Pasangan serasi : Naga, Tikus

AYAM
Tahun : 1945, 1957, 1969, 1981, 1993, 2005, 2017
Perwatakan : Seorang yang tidak gentar dengan cabaran. Setiap rintangan dihadapi dengan penuh berani dan terbuka. Bagi anda masalah mencetuskan semangat baru dan membina jati diri. Anda juga lantang memberi pendapat dan bijak mencari kelemahan insan lain untuk dikritik. Anda jujur memberi pendapat Cuma sifat terlau berterus terang ada ketika melukakan perasaan orang.
Percintaan : Tunjukkan kesungguhan anda menyayangi dia dengan sikap positif bukan sekadar membawa dia ke hulu ke hilir tanpa bukti yang meyakinkan dan menjamin masa depannya.
Pasangan Serasi : Lembu, Ular

ANJING
Tahun : 1946, 1958, 1972, 1982, 1994, 2006, 2018
Perwatakan : Bersifat pelindung dan menjaga kebajikan orang sekitar. Pendendam adalah sifat buruk anda. Anda terlalu sensitif menyebabkan ada ketikanya anda sukar difahami. Berbanding zodiak lain, anda juga seorang yang tegas mempertahankan hak.
Percintaan : Anda memang seorang pendebat yang hebat namun tidak perlu menunjukkan jaguh kepada orang yang dikasihi, anda hanya melukakan hatinya. Kurangkan pertelagahan.
Pasangan serasi : Harimau, Kuda

BABI
Tahun : 1947, 1959, 1971, 1983, 1995, 2007, 2019
Perwatakan : Anda mudah berkongsi kesusahan orang. Malah sanggup bersusah payah membantu mereka yang memerlukan. Cuma anda perlu berhati² kerana ada waktunya kebaikan anda disalahertikan. Rezeki anda selalu murah. Cuma perlu gigih berusaha dan buang sifat malas dan suka bersantai yang menebal dalam diri.
Percintaan : Jangan asyik berbelanja mewah dan mengharapkan belanja sidia. Dalam mencari kerukunan hidup berdua, biarlah bersama² menyumbang ke arah kesenangan.
Pasangan serasi : Arnab, Kambing


TIKUS
Tahun : 1936, 1948, 1960, 1972, 1984, 1196, 2008
Perwatakan : Seorang yang bersemangat tinggi dan tidak pernah berputus asa. Cuma anda sering bersikap tergesa² dalam melaksanakan cita². Anda juga harus belajar membuat timbang tara agar setiap keputusan benar² berhasil.
Percintaan : Banyak tindakan dan keputusan anda gagal mencapai matlamat. Ini menimbulkan perasaan cuak dan curiga orang yang disayangi. Apakata anda berbincang terlebih dahulu dalam merancang masa hadapan agar masa, wang dan tenaga tidak sia². Dan, jangan sesekali membabitkan wang sidia!
Pasangan serasi : Naga, Monyet

LEMBU
Tahun : 1937, 1949, 1961, 1973, 1985, 1997, 2009
Perwatakan : Bijak menyimpan rahsia dan boleh dipercayai. Anda lebih gemar menyempurnakan sesuatu perkara secara berkumpulan. Ada ketikanya anda terlalu bergantung pada ketua dan kurang berkeyakinan pada diri sendiri. Sifat taat keterlaluan sering membuatkan anda gagal menyerlahkan kemampuan diri.
Percintaan : Anda memang seorang yang berkasih hanya pada yang satu. Namun kelemahan diri tidak mampu menzahirkan kasih sayang menyebabkan anda sering kecewa. Sesekali tidak salah dan tidak jatuh martabat jiakalu meluahkan perasaan yang tersirat. Ia pemanis hubungan.
Pasangan serasi : Ular, Ayam

HARIMAU
Tahun : 1938, 1950, 1962, 1974, 1986, 1998, 2010
Perwatakan : Gaya diri yang bersahaja amat memikat. Anda seorang yang berani dan tidak gentar pada cabaran. Karisma dan kecerian diri seiring menyebabkan orang keliling anda menghidu masalah anda. Cuma anda sukar menerima kekalahan atau kelebihan orang lain. Kekurang diri boleh menyebabkan perasaan anda terganggu.
Percintaan : Kawal perasaan dan rasa cemburu dalam hubungan dua hati. Dik terlalu sayang, sifat cemburu anda ada ketikanya begitu bergelora. Mencintainya tidak bererti sentiasa di sisi atau menakluki dirinya. Pasangan juga pelu kebebasan menentukan kerjayanya.
Pasangan serasi : Kuda, Anjing

ARNAB
Tahun : 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999, 2011
Perwatakan : Hati mudah tersentuh dan kaya kasih sayang. Anda gemarkan ketenangan dan kedamaian. Sifat diri yang tenang membuatkan anda jarang bertindakbalas pada cabaran dan musuh. Anda tidak gemar bersaing dan lebih rela mangaku kalah daripada hidup dalam tekanan.
Percintaan : Bergantung harap dan hidup pada insan yang disayangi bukan cara yang bijak dalam hubungan kasih sayang. Sesekali anda harus bertegas dan membuktikan anda mampu berdikari agar orang disayangi lebih menghormati anda.
Pasangan serasi : Kambing, Babi

NAGA
Tahun : 1940, 1952, 1964, 1976, 1988, 2000, 2012
Perwatakan : Kekuatan mental dan sentiasa bersikap positif adalah kelebihan diri. Memiliki tenaga yang luar biasa dalam melaksanakan tanggungjawab. Kelebihan ini menyebabkan ada waktunya diri anda dijauhi rakan apabila mentafsir anda sabagai penakluk.
Percintaan : Anda selalu mambayangkan kesempurnaan dalam segala hal meyebabkan pasangan berasa rimas dan kurang selesa. Tidak salah mengimpikan yang terbaik namun biarlah berpada², mengikut kemampuan diri serta keputusan itu sesuatu yang amali.
Pasangan serasi : Monyet , Tikus

ULAR
Tahun : 1941, 1953, 1965, 1977, 1989, 2001, 2013
Perwatakan : Mudah mesra, cergas dan petah berkata². Setiap tindakan diawasi teliti, terancang dan penuh berhemah. Anda mampu menjadi ketua yang baik Cuma ada ketikanya sifat terlalu yakin dengan kebolehan diri menyebabkan anda kecundang.
Percintaan : Anda seorang yang bijak bermain cinta. Malah apabila berkesempatan anda tidak ragu² membeli beberapa hati dan jiwa dalam masa serentak. Awas, jangan sampai rahsia terbongkar kerana ada ketika gula yang ditanak di tepi bibir mampu menjadi racun!
Pasangan serasi : Ayam, Lembu

KAMBING
Tahun : 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015
Perwatakan : Seorang yang lemah-lembut dan mudah beralah. Apabila berada dalam keadaan tertekan anda gagal membuat keputusan dengan bijak. Hidup berkeluarga adalah syurga anda. Bijak merancang kewangan dan mengatur belanjawan. Bagi anda lebih baik bersakit² dahulu demi mencapai kesenangan kemudian.
Percintaan : Jangan biarkan pasangan terlalu menguasai anda. Walaupun sayang atau cinta, ia tetap ada batasnya. Beralah pada perkara yang tidak wajar bukan bijak dan bukan bukti cinta. Ketegasan diri amat perlu agar anda tidak terlalu sengsara seandainya ditinggalkan.
Pasangan serasi : Arnab, Babi

KUDA
Tahun : 1942, 1954, 1966, 1978, 1990, 2002, 2014
Perwatakan : Anda seorang yang dinamik dan berjiwa lasak. Dalam apa jua keadaan anda mampu menyesuaikan diri. Seorang pengkritik yang hebat namun jujur. Ramai manjauhkan diri dari anda kerana tidak sanggup mendengar pendapat jujur anda mengenai kelemahan mereka.
Percintaan : Jikalau hati sudah suka, jiwa sudah cinta, tidak salah kita berkongsi perasaan. Ketepikan ego dan belajarlah memahami perasaan orang lain. Rendahkan suara, kurangkan tingkah laku yang agresif agar pasangan boleh menerima anda. Belajarlah menerima kekurangan pasangan seadanya!
Pasangan serasi : Babi, Harimau

Blind Story

ATM Pin Number Reversal

If you should ever be forced by a robber to withdraw money from an ATM
machine, you can notify the police by entering your Pin # in reverse.


For example if your pin number is 1234 then you would put in 4321. The
ATM recognizes that your pin number is backwards from the ATM card you
placed in the
machine.


The machine will still give you the money you requested, but unknown to
The robber, the police will be immediately dispatched to help you.


This information was recently broadcasted on TV and it states that it is
seldom used because people don't know it exists.

Family First

A small touching story mainly for professionals...

A man came home from work late, tired and irritated, to find his 5-year old son waiting for him at the door.

SON: 'Daddy, may I ask you a question?'

DAD: 'Yeah sure, what is it?' replied the man.

SON: 'Daddy, how much do you make an hour?'

DAD: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the man said angrily.

SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

DAD: 'If you must know, I make RM.100 an hour.'

SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.

SON: 'Daddy, may I please borrow RM.50?'

The father was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I work hard everyday for such this childish behavior.'

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the man had calmed down, and started to think: Maybe there was something he really needed to buy with that RM.50 and he really didn't ask for money very often. The man went to the door of the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' He asked.

'No daddy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the man.

'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the RM.50 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you daddy!' He yelled.

Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills. The man saw that the boy already had money, started to get angry again. The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

'Why do you want more money if you already have some?' the father grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.

'Daddy, I have RM.100 now. Can I buy an hour of your time?

Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness.

It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts.

Do remember to share that RM.100 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of days.

But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives. And come to think of it, we pour ourselves more into work than to our family.

Sunday, January 06, 2008

Tip penjagaan jantung

JANTUNG merupakan salah satu organ yang amat penting terdapat dalam tubuh kita. Tanpanya, sudah pasti kita semua tidak bernyawa.

Justeru, untuk menjamin kesejahteraan dan kesihatan tubuh kita, amat wajar sekali perhatian sejak dari awal diberikan kepada jantung.

Seperkara perlu diingatkan, jantung kita akan terus berdenyut selagi hayat masih ada, untuk mengepam darah yang mencukupi bagi kegunaan sel-sel tubuh.

Namun disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, sebahagian besar daripada kita cenderung untuk mendapat serangan sakit jantung.

Seperti yang dimaklumi, serangan sakit jantung merupakan salah satu punca utama kematian di kalangan rakyat di negara-negara maju dan membangun seperti Malaysia.

Hakikatnya, serangan sakit jantung bukan tidak boleh dielakkan. Cumanya, kita perlu menjaga jantung kita bermula dari sekarang. Bagaimanakah caranya?

Pertamanya, kita mesti memulakan tabiat baik sejak kanak-kanak lagi agar ia (amalan baik) itu berterusan sehingga dewasa kelak. Terdapat banyak cara dan petua diberikan berhubung cara bagaimana menjaga jantung kita.

Buku-buku mengenai hal yang sama juga banyak terdapat di pasaran. Salah satunya ialah yang ditulis oleh Dr. Jamilah Jamaludin berjudul Jantung – Antara Hidup dan Mati (1997), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Di dalam buku ini, beliau menurunkan beberapa petua menjaga jantung bagi dijadikan panduan. Antaranya ialah mengawal berat badan, menjaga pemakanan, berhenti merokok, bersenam, mengurangkan tekanan atau stres dan melakukan perubahan gaya hidup.

Kawalan berat badan

Kegemukan sering mencetuskan faktor risiko lain seperti aras lemak yang tinggi, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Oleh itu, berat badan berlebihan hendaklah dikurangkan kepada nilai yang sesuai bagi bentuk badan seseorang itu.

Dan lazimnya, kegemukan itu disebabkan oleh makanan berlebihan selain mungkin diamalkan sejak kecil lagi. Realitinya, mereka yang memiliki berat badan berlebihan tidak bergiat aktif, lantas kalori yang tinggi dalam makanan mereka tidak digunakan.

Maka lebihan makanan itu ditukarkan kepada lemak yang berkumpul pula pada bahagian-bahagian tertentu di badan seperti paha, perut dan sebagainya tanpa ketinggalan jantung. Tetapi apabila lemak berkumpul di jantung, ia akan mengganggu kerja-kerja jantung.

Pemakanan

Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, boleh mengelakkan makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju, minyak sapi dan makanan bersantan.

Pesakit jantung sendiri dinasihatkan supaya mengambil hanya sedikit makanan berlemak. Makanan yang mengandungi kolesterol hendaklah dielakkan. Ini termasuk telur, mentega, hati, otak dan sebagainya.

Penggunaan minyak dalam penyediaan makanan juga patut dibataskan. Sebaliknya, digalakkan makanan yang dimasak secara kukus dan panggang. Masakan cara ini adalah lebih baik.

Sayur-sayuran seperti lobak, mentimun, semua jenis kubis dan sayur berdaun hijau selain buah-buahan adalah baik untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup. Justeru, amat baik sekali ia diamalkan setiap hari pengambilannya.

Seperkara lagi yang berkaitan dengan pemakanan ialah dinasihatkan tidak mengambil alkohol. Ia bukan sahaja menyulitkan usaha menurunkan berat badan tetapi turut mendatangkan bahaya pada tubuh, lebih-lebih lagi hati.

Berhenti merokok

Majoriti mereka yang mendapat serangan sakit jantung ialah kalangan yang merokok. Jika pernah mendapat serangan jantung, perlulah menurut nasihat doktor supaya amalan menghisap rokok dihentikan. Ini berupaya mengurangkan risiko berulangnya sakit jantung itu.

Bersenam

Bersenam adalah cara terbaik untuk menjaga kesihatan. Joging, berjalan dan mengayuh basikal merupakan antara contoh senaman bagi mereka yang ada mengalami serangan jantung.

Pendek kata, sebarang senaman yang dibuat secara teratur adalah baik dan jelas sekali aktiviti ini dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Aktiviti senaman dapat membantu jantung mengedarkan darah secara lebih berkesan. Selebihnya, dengan bersenam secara teratur turut menjadikan tekanan darah diturunkan.

Perubahan gaya hidup

Risiko mendapat penyakit jantung koronari dan hipertensi/tekanan darah tinggi sering dikaitkan dengan amalan atau cara hidup seseorang. Ini meliputi aspek pemakanan, aktiviti riadah, tabiat merokok dan sebagainya.

Cara ini, jika menjadi amalan kita, elok diubah. Amalan hidup yang sihat tentunya boleh menjaga tubuh kita, sekali gus menjaga jantung agar hidup sentiasa sejahtera.

Limau Nipis

Limau nipis bukan buah yang asing bagi kita. Dulu, ketika masih kanak-kanak, kita mungkin biasa minum perahan limau nipis yang dicampur dengan kicap dan sedikit garam untuk menyembuhkan batuk. Memang rasanya masam tapi batuk beransur-ansur sembuh bukan? Atau jika hari panas, air limau nipis sejuk menjadi penawar dahaga. Air limau nipis kononnya dapat mengeimbangkan makanan berlemak. Sebenarnya masih banyak kegunaan buah limau nipis ini, dari menghilangkan sembelit hingga menghindarkan kedut-kedut pada wajah.

Limau nipis atau nama botaninya citrus aurantifolia. Kalau di barat dipanggil lime, bangsa Sepanyol mengenali sebagai lima, sementara orang Arab menyebutnya limah. Pohon limau nipis boleh mencapai ketinggian hingga 4 meter, lebih pendek dari 'saudara'nya limau purut. Buahnya berbentuk bulat sebesar bola ping pong dengan kulit luar berwarna hijau, setelah tua menjadi kuning. Seperti buahnya yang kecil, bunganya pun berukuran kecil-kecil berwarna putih.

Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.

Kadang-kadang proses pembuangan toksin diikuti dengan keluarnya gejala seperti kulit kering atau sakit kepala. Gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan ini adalah wajar. Namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat doktor. Selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksin ketika tubuh tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda.

Tingkat daya tahan tubuh . Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.

Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu antioksidan.

Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Ada pun pospor memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap di atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya.

Mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di kedai-kedai ubat Cina.

Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan

Selesema
Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

Bau ketiak yang tak sedap
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

Misai Kucing

Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus) adalah sejenis herba renek yang banyak terdapat di negara-negara Asia Tenggara dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisional.

Ia telah terkenal sejak turun temurun kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan, terutama bagi merawat kencing manis dan menurunkan tekanan darah tinggi.

Daunnya dikeringkan dan dijadikan teh telah lama digunakan sebagai minuman sejak dulu lagi.

Ianya bersifat diuretik, dapat membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan dan melawaskan pembuangan air kecil tetapi tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubatan moden.
Selain dari itu ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, athritis, reumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kelesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan. Penyelidikan juga telah mendapati ianya besifat antiseptik.

Misai Kucing juga dikenali dengan nama Kumis Kucing, Remujung, Orthosiphon Stamineus Benth, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Javatee, Kidney Tea, dan Yaa Nuat Maeo.
Herba Misai Kucing adalah dari keluarga Lamiaceae / Labiatae.

Misai Kucing adalah herba renek yang tumbuh cepat dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5m. Daunnya tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan di tepinya berjeriji. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batangnya bersegi empat, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Nama Misai Kucing diberi sempena ciri bunganya yang unik, mempunyai filamen yang panjang menyerupai misai kucing. Di Malaysia, dua varieti telah dikenal pasti berdasarkan warna bunga iaitu bunga putih dan bunga ungu. Varieti bunga putih dikenali sebagai MOS1 dan varieti bunga ungu dikenali sebagai MOS2. Terdapat perbezaan dari segi pertumbuhan antara dua varieti ini.

Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.

Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita. Daun Misai Kucing digunakan bersama daun hempedu bumi untuk melawaskan buang air kecil (bersifat diuretik), rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan antialergi.


Misai Kucing banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar samada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, Misai Kucing juga ditanam di kawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang menarik.

Wednesday, January 02, 2008