Mymode Prepaid - Duit Poket Tambahan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Tuesday, July 31, 2007

Matahari Senja

Pemandangan Matahari Senja Di Feri Igan

Menara Pehin Setia Raja Mukah

Menara Pehin Setia Raja Mukah Pada Sebelah Malam

Bunga Api




Jambatan Lanang

Jambatan Lanang Dalam Pembinaan

Sunday, July 29, 2007

Jambatan Batang Mukah

Jambatan Batang Mukah Dalam Pembinaan

Jambatan Batang Mukah Dalam Pembinaan

Jambatan Batang Mukah 25 Ogos 2005

Jambatan Batang Mukah pada 16 September 2005

Jambatan Batang Mukah Pada Sebelah Malam

Jambatan Batang Mukah yang bernilai RM48 juta telah dirasmikan Ketua Menteri Sarawak Pada 8 Mei 2006. Panjang jambatan - 234 meter dan mempunyai empat lorong kenderaan, siap pada 31 Ogos 2005.

Buah Naga

Pokok Buah Naga

Buah Naga

Pokok ini dikenali di Malaysia dengan nama pokok naga atau buah naga. Nama saintifiknya ialah Hylocereus undatus. Pokok ini merupakan salah satu daripada spesis kaktus tetapi ianya mengeluarkan buah dan bunga yang cantik. Juga dikenali sebagai cereus atau kembangan malam yang mana bunganya cuma kembang pada waktu malam. Buahnya dikenali sebagai Pitahaya. Terdapat 3 jenis iaitu isi bewarna kuning, putih dan merah.

Pokok naga ini berasal dari Mexico Selatan, Costa Rica,Pasifik Guatemala dan E Salvador. Tanaman ini dibawa ke Taiwan dan mula ditanam secara kormersil di Taiwan, Vietnam dan Utara Thailand. Kebanyakanya adalah dari isi yang berwarna putih. Di Malaysia buah naga mula ditanam secara kormersil sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pokok dari spesis isi bewarna merah adalah paling sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Buah naga mempunyai 3 jenis isi iaitu putih, kuning dan merah. Buah naga isi putih mula-mula sekali diperkenalkan di Malaysia tetapi ianya kurang sesuai dengan cuaca dan persekitaran disini. Harganya juga lebih rendah dan rasanya kurang manis dan sedap jika dibandingkan dengan buah naga isi merah. Buah naga isi kuning pula mempunyai buah dan isi yang kecil dan tidak sesuai untuk dikormersilkan. Buah naga isi merah adalah dari spesis yang paling sesuai dan bermutu untuk ditanam secara besar-besaran di Malaysia. Rasanya lebih manis dan lebih berair. Buah ini juga boleh diproses menjadi berbagai produk seperti enzim, kordial, jus, jem, aiskrim dan di Eropah ianya diproses menjadi wain. Harga buah naga isi merah juga jauh lebih mahal dari jenis yang lain-lain.

Pokok Buah naga ditanam dengan menggunakan tiang. Ini adalah kerana usia pokok ini mampu mencecah usia sekurang-kurangnya sehingga 35-40 tahun. Dengan itu pokok ini memerlukan tiang penahan yang kuat dan tidak reput. Anak vegetatif diambil dari induk asal dan dipotong kira-kira satu kaki panjang. Bahagian pangkal potongan dicelupkan dengan bahan pengalak pertumbuhan akar. Setiap batang tiang konkrit akan ditanam empat batang anak vegetatif. Selapas beberapa hari beberapa tunas anak pokok akan keluar dan hanya satu mata tunas sahaja akan dikekalkan bagi menjamin kualiti pokok yang akan dihasilkan. Pokok ini ditanam dengan kaedah penanaman secara organik yang mana pokok ini tidak sesuai dengan penggunaan baja kimia, racun rumput dan sebagainya. Pokok ini mula mengeluarkan hasil selepas 8 hingga 10 bulan ditanam. Apabila mula berbuah ia akan terus berbuah sepanjang masa tanpa musim. Buahnya mengambil masa 40 hari untuk masak selepas kembang bunganya. Dari segi musuh tanaman, pokok dan buah naga ini adalah paling kurang musuh perosaknya. Binatang seperti monyet, tupai, musang dan lain-lain tidak menganggu atau merosakkan pokok dan buahnya.

Saturday, July 28, 2007

Persidangan Jurutera-Jurutera Bahagian Ke-10

Berkayak

Kilang Arang Batu

Kilang Arang Batu

Kilang Arang Batu

Jurutera Bahagian Dari Semua Bahagian Dan Pegawai Tadbir JKR HQ

Peserta Persidangan Jurutera-Jurutera Bahagian

Kapal Pasir Di Sungai Rajang

Pasir Sungai

Padang Mesra Mukah

Padang Mesra Mukah

Thursday, July 26, 2007

Pentas Utama Hari Jadi TYT 2007

Hari Ke-2 kerja-kerja Piling

Tapak Pentas Utama untuk Hari Jadi TYT 2007 di Mukah yang telah dimulakan pada 25/7/2007

Saturday, July 21, 2007

Pokok Semalu

Pokok Semalu

Bunga Pokok Semalu dari dekat

Pokok Semalu atau nama saintifiknya "Mimosa Pudica Leguminosae".

Antara khasiatnya adalah untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid. Caranya adalah ambil beberapa batang Pokok Semalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan terlebih dahulu. Masukkan dalam sebuah periuk yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan. Tunggu sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air Semalu ini boleh dibuat air mandi dan bukan untuk diminum.

Pokok Semalu juga sesuai untuk merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pecah-pecah kerana di makan air. Caranya ialah ambil beberapa batang Pokok Semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat. Setelah itu, sapu bahagian yang terkena penyakit tersebut, Insya-Allah luka pecah tadi akan kering dan sembuh.

Pokok Semalu juga dapat mengubati bengkak ,luka dan bisul. Caranya adalah menumbuk daun tersebut bersama kunyit makan dan kerak-kerak nasi. Kemudian tampal pada bahagian yang sakit. Akarnya boleh mengubati sakit buah pinggang ,sebagai pelawas kencing , sakit perut, senggugut, malaria, lelah, tonik, sakit keputihan dan kusta. Air dari batang semalu boleh diminum bagi merawat sakit tekak, batuk dan deman. Batang dan daun tumbuhan ini boleh ditumbuk dan ditampal pada bahagian yang digigit oleh binatang bisa.

Friday, July 20, 2007

Kuda SEDC

Kuda yang telah dibawa oleh pihak SEDC untuk dipamer dan ditunggang oleh sesiapa yang ingin mencuba di Pesta Kaul Mukah 2007 di Pantai Kala Dana Mukah.

Tuesday, July 17, 2007

Dataran Pehin Setia Raja Mukah

Keadaan Dataran Selepas Hujan

Keadaan Dataran Semasa Cuaca Baik

Perayaan Hari Jari Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak Yang Ke-86 akan diadakan di Dataran Pehin Setia Raja Pada 8 September 2007.

Saturday, July 14, 2007

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Sarawak 2007


Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Negeri Sarawak telah di adakan di Dewan Suarah Mesra Mukah Pada 2 Julai 2007 sehingga 5 Julai 2007