Bunga Pokok Semalu dari dekat
Pokok Semalu atau nama saintifiknya "Mimosa Pudica Leguminosae".
Antara khasiatnya adalah untuk mengecut, menguat dan membersihkan faraj, khususnya selepas bersalin atau haid. Caranya adalah ambil beberapa batang Pokok Semalu, termasuk akarnya sekali dan bersihkan terlebih dahulu. Masukkan dalam sebuah periuk yang sudah dimasukkan air kosong bersama sedikit buah manjakani, garam kasar dan asam keping. Kemudian rebuskan. Tunggu sehingga asam keping itu kembang dan biarlah hingga airnya suam sedikit. Air Semalu ini boleh dibuat air mandi dan bukan untuk diminum.
Pokok Semalu juga sesuai untuk merawat masalah cekang kaki dan tangan yang pecah-pecah kerana di makan air. Caranya ialah ambil beberapa batang Pokok Semalu bersama akarnya sekali. Campurkan sedikit kapur dan tumbuklah sehingga lumat. Setelah itu, sapu bahagian yang terkena penyakit tersebut, Insya-Allah luka pecah tadi akan kering dan sembuh.
Pokok Semalu juga dapat mengubati bengkak ,luka dan bisul. Caranya adalah menumbuk daun tersebut bersama kunyit makan dan kerak-kerak nasi. Kemudian tampal pada bahagian yang sakit. Akarnya boleh mengubati sakit buah pinggang ,sebagai pelawas kencing , sakit perut, senggugut, malaria, lelah, tonik, sakit keputihan dan kusta. Air dari batang semalu boleh diminum bagi merawat sakit tekak, batuk dan deman. Batang dan daun tumbuhan ini boleh ditumbuk dan ditampal pada bahagian yang digigit oleh binatang bisa.
No comments:
Post a Comment