Mymode Prepaid - Duit Poket Tambahan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Thursday, September 13, 2007

Puasa

Pengertian Puasa

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Puasa Wajib

Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar


Puasa Sunat

1. Puasa enam hari pada bulan Syawal
2. Puasa hari Arafah
3. Puasa hari Asyura pada 10 Muharam
4. Puasa bulan Syaaban
5. Puasa Isnin dan Khamis
6. Puasa tengah bulan iaitu 13, 14, 15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

Puasa Makruh

1. Puasa yang terus menerus sepanjang masa
2. Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

Puasa Haram

1. Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
2. Puasa pada hari raya pertama Haji
3. Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

Syarat Wajib Puasa

1. Berakal
2. Akhir Baligh (Cukup Umur)
3. Kuat atau mampu mengerjakan puasa

Syarat Sah Puasa

1. Islam
2. Mumayyiz ( dapat membezakan yang baik dan buruk
3. Suci daripada haid dan nifas
4. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa

Rukun Puasa

1. Berniat - Pada malam selama bulan Ramadan hendaklan berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok
2. Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari

Perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Muntah dengan sengaja
3. Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadan
4. Keluar darah haid atau nifas
5. Gila
6. Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa

Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa

1. Orang yang sakit
2. Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 KM
3. Orang tua yang sudah lemah
4. Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak


Lafaz niat Puasa Ramadan yang lengkap adalah:



Ertinya: “Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.”

Lafaz niat sebulan Puasa Ramadan adalah:

Ertinya: "Sahaja aku puasa bulan Ramadan seluruhnya pada tahun ini kerana Allah Taala".

No comments: