Mymode Prepaid - Duit Poket Tambahan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Wednesday, January 21, 2009

Mawi-Ekin 20 Disember 2008





Masjid bersejarah, Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, Johor menjadi pilihan pasangan artis yang sememangnya anak jati negeri sebelah Selatan tanah air itu.

Mereka dinikahkan oleh Timbalan Kadi Besar Negeri Johor, Datuk Imam Mahad Mohamad Said pada pukul 11.40 pagi dengan sekali lafaz. Mawi menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 tunai dan memberikan wang hantaran RM30,000.

Semasa mahu memulakan pernikahan, kelihatan pasangan itu ceria dan gembira. Yalah mereka akan diikat sebagai pasangan suami isteri.

Bagaimanapun Ekin atau Nora'asyikn Rahmat, 29, tidak dapat menahan air mata apabila menjawab pesan ibunya yang mahukan dia menjadi seorang isteri yang solehah.

Dengan linangan air mata Ekin berjanji untuk menjadi seorang yang baik kepada Asmawi Ani, 27, yang baru menikahinya.

Sementara itu Mawi membawa sembilan hantaran dalam warna serba hijau. Tema hantarannya Jalur Melati.

Pihak Ekin pula membalas sebelas hantaran dalam tema Blink Pink. Merah jambu sememangnya warna kegemaran Ekin.

No comments: