Damya Hanna lahir pada 20 Oktober 1982. Merupakan anak kelima dari tujuh orang adik-beradik. Baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam jurusan perakaunan.
Minat Damya Hanna dalam bidang penulisan bermula ketika dia masih bersekolah rendah lagi. Cuma penyampaian ceritanya ketika itu lebih menjurus pada golongan kanak-kanak.
Ketika di peringkat matrikulasi, minat menulis masih belum membara sepenuhnya tetapi masih berterusan menulis dan sering meminta pendapat rakan-rakan tentang ceritanya. Sehinggalah di peringkat universiti, minat itu semakin hari semakin menyala dan di situlah segalanya bermula.
No comments:
Post a Comment